Laporan Audit

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, sudah 4 tahun berlalu sejak hari pertama penubuhan Pertubuhan Imaan Malaysia. Untuk makluman semua, kami bersama pihak-pihak masjid yang terlibat telah melantik dan sudah diberi pengesahan oleh pihak juruaudit bertauliah (Chartered Auditor), yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pertubuhan kami, untuk menilai ketelusan dan integriti Pertubuhan Imaan Malaysia.

1. Menjadi tuntutan utama buat Imaan Malaysia untuk menyediakan Laporan Audit Pertubuhan bagi memastikan setiap pendanaan yang diterima telah disampaikan dengan telus, amanah dan bertanggungjawab bagi sepanjang tahun 2021 sehingga 31 Disember 2023.

3. Imaan Malaysia telah melantik 2 firma berbeza iaitu tetuan Megat & CO. Charted Account (NF 1625) sebuah juruaudit professional berdaftar dan Wan Nazir & CO (AF 1234) sebagai juruaudit rasmi kewangan bagi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan Imaan Malaysia bagi tahun berakhir 2021 sehingga 31 Disember 2024.

4. Segala maklumat berkaitan pendanaan, agihan serta kos pengurusan sepanjang proses penyediaan laporan audit ini telah kami perincikan serta diamati dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan ketelusan dan kepercayaan penyumbang telah kami laksanakan dengan baik.

5. Rentetan daripada itu, Imaan Malaysia telah menunaikan tanggungjawab sebagai Pertubuhan yang berdaftar dengan mengemukakan Penyata Tahunan selepas 60 hari Mesyuarat Agong atau 60 hari selepas tahun berakhir setiap tahun kepada ROS tertakluk kepada Seksyen 14 (1), Akta Pertubuhan 1966.

6. Alhamdulillah hasil daripada sumbangan dan sokongan kepada Imaan Malaysia, hampir 20 Program bantuan telah dilaksanakan secara konsisten dengan lebih 2.2 juta penerima manfaat telah menerima hasil sumbangan anda semua bagi tahun berakhir 2021 sehingga 31 Disember 2024.

Anak-anak semua boleh rujuk fail-fail laporan audit rasmi selama 3 tahun (2021 - 2025) ini di laman web rasmi. https://imaanmalaysia.com/laporan-audit/

Kami juga ingin menegaskan bahawa kami sangat memandang berat terhadap ketelusan setiap sumbangan yang diterima oleh pihak kami. Platform web disediakan untuk memberi kemudahan dan praktikaliti kepada semua penyumbang untuk menyumbang dan merujuk status agihan. Harapan kami, semoga ketelusan dan akauntabiliti yang telah kami ambil dapat menaikkan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan saban minggu ini.

Kami juga berharap agar NGO-NGO yang ada diluar sana untuk mengekalkan kepercayaan dengan mengeluarkan dan membentangkan laporan audit tahunan. Sama-samalah kita pegang tanggungjawab orang ramai dengan sebaiknya.

InshaAllah, mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan rahmat kesihatan dan rezeki yang berterusan kepada mereka yang tidak pernah putus menginfakkan hartanya di jalan Allah.

Akhir kata, semoga usaha murni ini dapat sama-sama kita teruskan lagi dengan penuh istiqomah, ikhlas, amanah dan ihsan dalam menyantuni mereka yang memerlukan. Sumbangan yang anda berikan tidak perlulah dalam jumlah yang besar, biar sedikit namun berterusan itu lebih mulia disisi Allah S.W.T.

“Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti (orang-orang yang menabur) sebutir biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS: Al-Baqarah [2]: 261)

No.3A-1, Block B Jalan Atmosphere 3 Pusat Perniagaan The Atmosphere Bandar Putra Permai 43300 Seri Kembangan Selangor Malaysia
+60 11-2945 1965
imaanterengganu@gmail.com
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
©2024 Copyright Pertubuhan Imaan Malaysia (PM-005-10-10032021) . All Right Reserved. Managed Services by LamanWeb.
Audit tahunan bagi tahun berakhir 2025 akan dikemaskini pada tahun selanjutnya.
Dalam proses audit
49,700
Pek Berbuka Puasa bagi tahun 2023

1. Masjid Al-Abrar, Bukit Tok Beng

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

2. Masjid Al-Ukhuwwah Mengabang Telong

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

3. Masjid Kg Seberang Takir

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

4. Masjid Mengabang Telipot Kuala Nerus

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

5. Masjid Jamek Pantai Tok Jembal

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program
205,000
Pek Berbuka Puasa bagi tahun 2022

1. Masjid Mengabang Telipot Kuala Nerus

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

2. Masjid Al-Ukhuwwah Mengabang Telong

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

3. Masjid Al-Abrar, Bukit Tok Beng

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

4. Masjid Jamek Kg Gong Pak Jin

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

5. Masjid Kg Seberang Takir

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

6. Masjid Kampung Batin

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

7. Masjid Nur Bakti Wakaf Baru

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

8. Masjid Padang Nanas

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

9. Masjid Jamek Pantai Tok Jembal

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program
115,500
Pek Berbuka Puasa bagi tahun 2021

1. Masjid Al-Abrar, Bukit Tok Beng

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

2. Masjid Al-Ukhuwwah Mengabang Telong

Scan QR Code atau klik untuk lihat gambar program

3. Masjid Jamek Kg Gong Pak Jin