Pertubahan Imaan Malaysia telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (PM-005-10-10032021) pada tarikh 10 Mac 2021.
Anda boleh salurkan sumbangan anda di halaman berikut
https://pertubuhanimaan.onpay.my/order/form/pahalasedekah
Terima kasih atas minat anda untuk berkoloborasi dengan Imaan Malaysia. Anda boleh terus berhubung dengan kami melalui talian di +60 11-2945 1965 dan juga email kami di imaanterengganu@gmail.com
Di Imaan Malaysia, kami sangat menitik beratkan akan setiap transaksi dan dana sumbangan yang diterima.
Menjadi keutamaan kami di mana segala dana sumbangan dan kos pengurusan tidak patut menjadi rahsia buat para penyumbang.
Hasil laporan audit, pada tahun 2021 adalah sebanyak 11% , pada tahun 2022 adalah 9% dan pada tahun 2023 adalah sebanyak 4%.
Hasil penilitiaan dan kerjasama baik semua pihak, kami sentiasa mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan kos pengurusan ini sebaiknya dengan telus dan amanah dengan harapan lebih ramai penerima manfaat dapat terus dibantu.
Boleh dapatkan laporan penuh audit Imaan Malaysia di
https://www.imaanmalaysia.com
Untuk makluman semua pelbagai bantuan telah Imaan Malaysia laksanakan bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara. Kami sentiasa berpegang pada prinsip “bantuan tanpa sempadan”.
Pada tahun 2022, Imaan Malaysia telah melaksanakan kempen Tajaan Iftar Ramadan Al Habib di Syria dengan kerjasama beberapa agensi.
Kami juga pernah melaksanakan agihan di negeri Kedah sebelum ini namun kutipan dana tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.
Hal ini sering menjadi kerisauan buat seluruh AJK Masjid Imaan Kedah yang terlibat. Pelbagai cara telah kami usahakan namun masih tiada lagi jalan penyelesaian yang disepakati sehingga kami terpaksa berhenti buat seketika waktu.
Bantuan yang disalurkan sebelum ini telah mendapat permintaan yang sangat tinggi dan telah membantu hampir 3500 orang sasaran penerima manfaat bagi setiap minggu.
InsyaAllah Imaan Kedah masih lagi berusaha sebaik mungkin dalam memastikan pendanaan yang diterima mencapai sasaran agar bantuan ini dapat diteruskan seperti biasa.
Besar harapan kami Imaan Kedah bersama AJK Masjid yang lain di sini agar bantuan ini dapat diteruskan dalam membantu serta meringankan beban mereka yang memerlukan di sini. Mohon doakan usaha murni ini dapat sama-sama kita teruskan lagi dengan penuh ihsan dalam menyantuni penduduk di sini agar kebahagiaan dapat terus kita kongsikan bersama insyaAllah.
Adakah anda rasa bantuan di kedah perlu di teruskan ? Bantu kami sekarang di http://www.imaanmalaysia.com
Untuk maklumat semua, kebanyakan penduduk kampung di kawasan pak cik bekerja sebagai nelayan, pengusaha kecil dan menjalankan hasil kerja-kerja kampung. Sejak PKP melanda hampir setahun lebih ini, ramai penduduk kampung pak cik yang terkesan.
Hasil bancian bersama AJK Masjid, hampir 80% menyatakan hasrat mereka memerlukan bantuan barangan asas secara konsisten dengan harapan sekurangnya dapat membantu meringankan beban mereka. Pak cik telah bertanya kepada beberapa orang penduduk kampung dan barang asas seperti bawang dan kentang telah menjadi keperluan utama buat mereka.
Oleh itu, pak cik bersama pihak AJK masjid telah bekerjsama untuk mencari solusi yang dapat membantu mengurangkan beban mereka. Pakcik harap, marilah sama-sama kita infakkan sebahagian rezeki kita untuk saudara kita yang lebih memerlukan. Walaupun nilainya sedikit buat kita, tetapi amat bermakna untuk mereka.
Kami yakin dan pasti ada wakil rakyat dan agensi yang membantu namun perlaksanaanya pasti berbeza mengikut kemampuan masing-masing.
Sehingga kini Pertubuhan Imaan Malaysia tidak pernah terlibat dengan mana-mana ahli atau badan politik dan tujuan penubuhan pertubuhan ini hanya ingin memfokuskan bantuan kepada penduduk kampung tanpa sebarang kepetingan peribadi.
Pihak Pertubuhan Imaan dengan kerjasama Masjid akan terus menjalankan kempen ini buat penduduk kampung yang majoritinya dari kelompok B40 tegar. InsyaAllah sama-sama doakan usaha kami ini terus berkekalan dan dipermudahkan.
Segala program sejak awal penubuhan, anda boleh lihat di Telegram Imaan Malaysia. https://t.me/pertubuhanimaanmalaysia
Segala perkembangan agihan seperti video dan gambar akan kami kongsikan setiap hari di Telegram Imaan Malaysia.
Kami juga turut berkongsi akan segala perkembangan dan hebahan di platform X yang telah mendapat sokongan hampir 15,000 pengikut sejak tahun 2021.
Doakan pihak AJK Masjid dan wakil dari pihak Masjid yang melaksanakan agihan ini diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kempen seperti ini demi manfaat serta kelangsungan dalam membantu mereka yang memerlukan.
Boleh ikuti perkembangan aktiviti Imaan Malaysia di
http://www.imaanmalaysia.com
Pengagihan bantuan kami laksanakan pada setiap hari jumaat iaitu selepas solat jumaat di mana waktu itu ramai penduduk kampung di sekitar Masjid dapat hadir.
Selain itu, wakil dari pihak Masjid juga akan melaksanakan agihan dari rumah ke rumah pada setiap hari atau setiap minggu bergantung kepada hasil tajaan sumbangan semasa.
Untuk makluman semua, begitu jarang sekali untuk kami mencapai tajaan penuh setiap minggu.
Pelbagai usaha dan perancangan akan terus kami laksanakan bagi memastikan tajaan mingguan terus penuh dan memenuhi jumlah agihan setiap minggu.
Namun jika ada lebihan bulanan, akan kami gunakan sebagai nilai tambah kepada mana-mana kempen yang tidak mencapai sasaran atau sebarang kempen kecemasan yang memerlukan tajaan secara langsung melalui segmentasi Imaan Prihatin.